Sepatah Kata
Assalamualaikum w.b.t.
Selamat bertemu kembali untuk meneruskan agenda mendidik anak bangsa dalam menghasilkan anak-anak yang dapat menguasai kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul apabila mereka meningalkan alam persekolahan sekolah rendah. Untuk jangka panjang, supaya dapat menyediakan mereka menjadi warga Malaysia yang berdaya saing diperingkat antarabangsa.
Tahun 2014 akan membawa satu sinar dan cabaran baru kepada semua warga guru di SK Tanjong Dawai khususnya dan diseluruh Malaysia amnya. Transformasi sistem pendidikan yang sedang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2014 – 2025 memerlukan kita warga pendidik BERSEDIA memikul tanggungjawab sebagai pelaksana untuk meningkatkan ‘standard’ pendidikan Negara yang tergolong dalam kumpulan terbawah kepada kumpulan paling atas, berdasarkan penilaian antarabangsa oleh Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) dan Program Penilaian Murid Antarabangsa (PISA) dalam tempoh 15 tahun.
Selain daripada komitmen untuk mencapai aspirasi Kedah Top 5 pada tahun 2015, warga SKTD juga terlibat dengan Program i-THINK pada Tahun 2014. Semua ini tidak mungkin berjaya, melainkan kita semua berfikiran positif dan inovatif serta bekerja sebagai satu pasukan.
Kanak-kanak adalah masa depan Negara kita. Marilah kita meneruskan Budaya Penyayang dalam mendidik mereka dengan sempurna untuk menghasilkan masa depan negara yang lebih cemerlang dan terbilang.
MOHAMAD NASIR BIN ABU
GURU BESAR SK TANJONG DAWAI